Tahniah kepada Tabung Haji kerana sistem pengurusan jemaah haji yang baik sehingga mendapat pengiktirafan daripada kerajaan Arab Saudi diatas keberkesan mengendalikan jemaah haji secara efisen serta teratur.. Perkara ini dilihat sebagai satu sistem pengurusan yang perlu di aplikasikan oleh negara-negara Islam yang lain. Para pengkaji dari Malaysia akan merancang lima modul yang berlainan dengan menepati ciri-ciri mazhab dan budaya negara-negara Arab. Lima modul yang akan diusahakan itu akan meliputi mazhab Shafie, Hanbali, Maliki, Shiah dan Hanafi. Sementara itu para pengkaji dari USM diberi kepercayaan untuk mengkaji modul ini telah berlepas ke tanah suci untuk menjalankan kajian selama sebulan. Kajian ini juga akan meliputi kajian kesihatan yang di ketuai oleh Prof Dr Kamarulazizi Ibrahim. Tabung Haji yang ditubuhkan seawal tahun 1969 ini adalah idea dari Prof Ungku Aziz dan merupakan juga antara Syarikat Perbankan Islam terawal di dunia.