Baghal vs DBP

Oleh: Khairul Bahri Abd Samad Apakah persamaan antara Baghal dan DBP? Apakah sebenarnya Baghal dan mengapakah ianya dikaitkan dengan sebuah badan keraajaan yang bertanggung jawab penuh dalam memperkasakan bahasa kebangsaan kita?Baghal yang selalu disebut-sebut, yang memberi pengertian negatif dalam sesuatu konteks perbualan atau komunikasi lain, adalah sebenarnya kata nama bagi jenis seekor haiwan kacukan dari kuda dan keldai. Gabungan dua jenis haiwan (kuda+keldai) ini tidak dipanggil kudai mahupun kelda seperti mana yang konsep gabungan perkataan ini digunakan oleh haiwan lain seperti dalam kes selembu yang kacukan dari seladang dan lembu. Berbalik pada persoalan diatas apakah persamaan antara seekor Baghal dan DBP? Jawanpanya adalah mudah; kedua-duanya adalah (telah) mandul. Atau dengan kata lain
ianya juga sinonim disebut sebagai impotent atau tidak produktif atau tidak mampu mengeluarkan zuriat dan banyak lagi jika ianya dilihat dari makna dan konsep atau dari sudut etimologinya. Oleh itu, teorinya jika sesuatu atau seseorang yang mandul maka ianya akan tiada keturunan dan seterusnya akan pupus. Asal usul kejadian Baghal. Pencarian asal usul kejadian baghal ini di mulakan dengan kajian tesaurus Bahasa Melayu Dewan edisi online yang boleh di dapati disini tetapi agak malang perkataan baghal tidak ada dalam simpanan arkibnya. Kamus online ini adalah mengikut kandungan edisi pertama versi beta tahun 1998. Oleh itu kamus ini sudah berumur 10 tahun dan nyata tidak lengkap. Tanpa berputus asa pencarian seterusnya buat, yang juga di dalam portal dbp.gov.my. Pencarian kali ini mendapat jawapan dari simpanan ‘rujukan pelbagai kamus’. Baghal mengikut DBP mempunyai dua maksud; 1. Sejenis keldai (Kamus Pelajar) 2. Binatang hasil drpd pengawanan antara kuda betina dgn keldai jantan (Kamus Dewan Edisi Ketiga). Pencarian diteruskan dengan perkataan baghal dalam bahasa Ingeris, penulis google-kan terma inggeris mule dan nyata definasi serta maklumat yang didapati lebih lengkap, ianya memang tidak boleh disangkal penggunaan bahasa inggeris lingua franca dan tidak perlulah kita membincangkannya disini. Menurut Wikipedia; baghal mengeluarkan bunyi yang tidak serupa dengan keldai mahupun kuda tetapi seakan-akan bunyi keldai dengan cara kuda mengeluarkan bunyi. Ianya adalah sesuatu yang perlu diimaginasikan tetapi apa yang menariknya baghal adalah binatang yang cerdik dan tidaklah bodoh seperti apa yang disangkakan. Ianya diperakui oleh Kelab Baghal British seperti dinyatakan di bawah: “…Mules are highly intelligent – mule devotees would say more intelligent than horses – and are very quick to learn, with a grasp of a situation which often seems little short of miraculous. This means that their handlers need to be quick-witted to stay one jump ahead of them. A well-trained and handled mule is obliging, kind, patient, persevering, calm, tolerant, sensible, loyal, affectionate, playful – and also proud, jealous and calculating. Being so intelligent, a badly trained and handled mule can be a problem.” sumber
Asal usul kejadian DBP DBP ditubuhkan sebagai sebuah jabatan kecil di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia di Johor Bahru, Johor semata-mata untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang akan merdeka ketika itu. Nama asalnya “Balai Pustaka”. Setelah Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang berlangsung di Singapura dan Johor Bahru pada 16 – 21 September 1956, Balai Pustaka dinamakan sebagai “Dewan Bahasa dan Pustaka” atas cadangan kongres tersebut. Di samping itu, DBP juga dinaik taraf sebagai badan yang mempunyai anggota lembaga sendiri. Pada tahun 1957, DBP berpindah ke Kuala Lumpur. Melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959, DBP dinaikkan taraf lagi menjadi sebuah badan berkanun. Dengan penaikan taraf ini, DBP diberi kuasa autonomi untuk:

  • menggubal dasarnya yang khusus;
  • menyusun rancangan pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera; dan
  • menjalankan kegiatan penerbitan dan perniagaan buku yang serupa dengan sektor swasta.

Pada 31 Jan 1962, DBP berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Lapangan Terbang Lama (sekarang Jalan Dewan Bahasa). DBP vs Baghal Kedua-duanya adalah mandul seperti yang didefinasikan disini yang bermakna tidak produktif serta impoten. Bagi pihak DBP mandul ini bukan sahaja merujuk kepada perkataan dan istilah tetpi I juga sebenarny lebih dari itu. Produktiviti dalam memperkasakan Bahasa Melayu dilihat sebagai lembam. Hasil penerbitan badan ini tidak sehebat dahulu. Tidak ada lagi rasa bahang kehangatan badan ini dalam memertabatkan Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia. Penerbitan buku-buku alih bahasa dari bahasa asing juga berlaku dengan kadar yang sangat perlahan. Ini semua terjadi daripada sistem yang kurang efisen dalam pengurusan serta kurangnya motivasi dari penulis untuk menghantar karya mereka ke DBP untuk diterbitkan. Penulis sekarang mempunyia banyak pilihan untuk menghantar karya mereka kepada pihak lain dengan bayaran yang lebih tinggi serta kurangya kerenah birokrasi semasa proses penerbitan. Perkara-perkara sebegini membuatkan DBP tidak subur dan lembam serta lama kelamaan menjadi mandul. Lain pula halnya dengan baghal yang memang telah dimandulkan dengan cara di kasikan pada system pembiakannya. Baghal juga bijak serta cepat belajar yang membuatkan ianya mesra pengguna dan seterusnya memberi keuntungan kepada petani yang mengunakannya. DBP dan Kepupusan Bersediakah kita menerima kepupusan DBP. Seperti teori yang di katatakan di atas, setiap yang mandul akan mengalami kepupusan. Dengan keadaan DBP yang tidak subur tentunya mengakibatkan kepupusan.oleh itu, usaha untuk membaik pulihkan system batin dan fizikal DBP perlulah dijalankan. Seperti juga halnya kepada manusia, terdapat banyak aternatif ubat-ubatan yang dapat menolong untuk mengembalikan kejantanan serta kesuburan.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.