Muzikal ALLLADIN menghiburkan…

2107621149_36e9ac1e81.jpg

Semalam temanku bersama aku tersenyum lebar dan mulut kami terkumat kamit menyanyikan lagu lagu dari soundtrack Muzikal Kanak-Kanak Alladin. Apa yang pastinya muzikal ini berjaya menghiburkan jiwa kami dan ratusan penonton yan lain terutama kanak-kanak.

Teater yang di arahkan oleh Norzizi Zulkifli ini menggandingkan pelakon handalan serta berbakat besar seperti Erma Fatima,  Faizal Ismail dan pelakon kecil yang memegang watak Alladin serta Jasmin.

kekuatan muzikal ini  tentunya terserlah dari sudut kareografi dan muzik. Dibawah pimpinan Pak Ngah memberikan mood yang berkesan terhadap plot ceritanya.

Barisan kreatif :
Pengarah : Norzizi Zulkafli
Penolong Pengarah : Mohd Shahrul
Penulis Skrip : Aminah Rhapor
Pengarah Muzik : Datuk Suhaimi (Pak Ngah)
Pengarah Artistik : Irwan Ismadi Shahrim
Pengarah Tari : A.Aris A.Kadir & Lakshman Balakrishna

Barisan pelakon :

Faizal Ismail (Jin)
Erma Fatima (Ahli Sihir)
Mohamad Ammal (Aladdin)
Nur Farina Nadia (Puteri Jasmin)
Saiful Azlan (Belang)
Nick Amirul Harith (Si Tikar Terbang)
Syamsul Izzat Haziq (Abu)
Mikhail Merican (Raja)

Tinggalkan komen »

KOS PEMBIYAAN PEMINDAHAN TOL YANG GILA RM 260 JUTA!!!

9-ma-wan-toll-plazza_450x338.jpg

Ini semua mengarut??? Tertanya mengapa kos pemindahan tol di Jelapang terlalu tinggi dan angkanya tidak munasabah. RM 260 juta untuk memindahkan tol yang sedia ada ke lokasi baru ini adalah keterlaluan. Tak salah kalau saya bertanya encik jurutera yang bakal membinanya samada ianya diperbuat daripada emas atau berlian. Tapi yang pasti ianya adalah menggunakan duit rakyat.

Memikirkan kembali kos ini dan agihan wang akan disalurkan mungkin meliputi perkara-perkara tersebut…

1- Pengambilalihan tanah serta pembayaran pampasan.
2- Kerja rekabentuk
3- Kerja tanah
4- Kerja Struktural untuk jambatan
5- Kerja pembinaan tol baru
6- Kerja perobohan tol sedia ada
7-…

Kepada pembaca, tolonglah saya memikirkan kemanakah agaknya duit ini akan disalurkan selain perkara diatas

Tinggalkan komen »

Demokrasi di Afrika, Zimbabwe, Malaysia?

Demokrasi di Afrika dan Malaysia.

Gerhard Polt. Beliau merupakan seorang kaberetis besar di Jerman. Ini adalah salah satu dari ‘masterpiece’ beliau…

Tak keterlaluan kalau saya katakan, banyak yang boleh dipelajari dari sketsa ini dan apa yang sedang belaku di Zimbabwe. sebanyak 23 negara eropah dan 53 negara Afrika menyertai perjumpaan itu pada 8 Dis… baca selanjutnya

Tinggalkan komen »

TAHNIAH TAHUNG HAJI DAN USM


Tahniah kepada Tabung Haji kerana sistem pengurusan jemaah haji yang baik sehingga mendapat pengiktirafan daripada kerajaan Arab Saudi diatas keberkesan mengendalikan jemaah haji secara efisen serta teratur.. Perkara ini dilihat sebagai satu sistem pengurusan yang perlu di aplikasikan oleh negara-negara Islam yang lain. Para pengkaji dari Malaysia akan merancang lima modul yang berlainan dengan menepati ciri-ciri mazhab dan budaya negara-negara Arab. Lima modul yang akan diusahakan itu akan meliputi mazhab Shafie, Hanbali, Maliki, Shiah dan Hanafi. Sementara itu para pengkaji dari USM diberi kepercayaan untuk mengkaji modul ini telah berlepas ke tanah suci untuk menjalankan kajian selama sebulan. Kajian ini juga akan meliputi kajian kesihatan yang di ketuai oleh Prof Dr Kamarulazizi Ibrahim. Tabung Haji yang ditubuhkan seawal tahun 1969 ini adalah idea dari Prof Ungku Aziz dan merupakan juga antara Syarikat Perbankan Islam terawal di dunia.

Tinggalkan komen »

Baghal vs DBP

Oleh: Khairul Bahri Abd Samad Apakah persamaan antara Baghal dan DBP? Apakah sebenarnya Baghal dan mengapakah ianya dikaitkan dengan sebuah badan keraajaan yang bertanggung jawab penuh dalam memperkasakan bahasa kebangsaan kita?Baghal yang selalu disebut-sebut, yang memberi pengertian negatif dalam sesuatu konteks perbualan atau komunikasi lain, adalah sebenarnya kata nama bagi jenis seekor haiwan kacukan dari kuda dan keldai. Gabungan dua jenis haiwan (kuda+keldai) ini tidak dipanggil kudai mahupun kelda seperti mana yang konsep gabungan perkataan ini digunakan oleh haiwan lain seperti dalam kes selembu yang kacukan dari seladang dan lembu. Berbalik pada persoalan diatas apakah persamaan antara seekor Baghal dan DBP? Jawanpanya adalah mudah; kedua-duanya adalah (telah) mandul. Atau dengan kata lain
ianya juga sinonim disebut sebagai impotent atau tidak produktif atau tidak mampu mengeluarkan zuriat dan banyak lagi jika ianya dilihat dari makna dan konsep atau dari sudut etimologinya. Oleh itu, teorinya jika sesuatu atau seseorang yang mandul maka ianya akan tiada keturunan dan seterusnya akan pupus. Asal usul kejadian Baghal. Pencarian asal usul kejadian baghal ini di mulakan dengan kajian tesaurus Bahasa Melayu Dewan edisi online yang boleh di dapati disini tetapi agak malang perkataan baghal tidak ada dalam simpanan arkibnya. Kamus online ini adalah mengikut kandungan edisi pertama versi beta tahun 1998. Oleh itu kamus ini sudah berumur 10 tahun dan nyata tidak lengkap. Tanpa berputus asa pencarian seterusnya buat, yang juga di dalam portal dbp.gov.my. Pencarian kali ini mendapat jawapan dari simpanan ‘rujukan pelbagai kamus’. Baghal mengikut DBP mempunyai dua maksud; 1. Sejenis keldai (Kamus Pelajar) 2. Binatang hasil drpd pengawanan antara kuda betina dgn keldai jantan (Kamus Dewan Edisi Ketiga). Pencarian diteruskan dengan perkataan baghal dalam bahasa Ingeris, penulis google-kan terma inggeris mule dan nyata definasi serta maklumat yang didapati lebih lengkap, ianya memang tidak boleh disangkal penggunaan bahasa inggeris lingua franca dan tidak perlulah kita membincangkannya disini. Menurut Wikipedia; baghal mengeluarkan bunyi yang tidak serupa dengan keldai mahupun kuda tetapi seakan-akan bunyi keldai dengan cara kuda mengeluarkan bunyi. Ianya adalah sesuatu yang perlu diimaginasikan tetapi apa yang menariknya baghal adalah binatang yang cerdik dan tidaklah bodoh seperti apa yang disangkakan. Ianya diperakui oleh Kelab Baghal British seperti dinyatakan di bawah: “…Mules are highly intelligent – mule devotees would say more intelligent than horses – and are very quick to learn, with a grasp of a situation which often seems little short of miraculous. This means that their handlers need to be quick-witted to stay one jump ahead of them. A well-trained and handled mule is obliging, kind, patient, persevering, calm, tolerant, sensible, loyal, affectionate, playful – and also proud, jealous and calculating. Being so intelligent, a badly trained and handled mule can be a problem.” sumber
Asal usul kejadian DBP DBP ditubuhkan sebagai sebuah jabatan kecil di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia di Johor Bahru, Johor semata-mata untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang akan merdeka ketika itu. Nama asalnya “Balai Pustaka”. Setelah Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang berlangsung di Singapura dan Johor Bahru pada 16 – 21 September 1956, Balai Pustaka dinamakan sebagai “Dewan Bahasa dan Pustaka” atas cadangan kongres tersebut. Di samping itu, DBP juga dinaik taraf sebagai badan yang mempunyai anggota lembaga sendiri. Pada tahun 1957, DBP berpindah ke Kuala Lumpur. Melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959, DBP dinaikkan taraf lagi menjadi sebuah badan berkanun. Dengan penaikan taraf ini, DBP diberi kuasa autonomi untuk:

  • menggubal dasarnya yang khusus;
  • menyusun rancangan pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera; dan
  • menjalankan kegiatan penerbitan dan perniagaan buku yang serupa dengan sektor swasta.

Pada 31 Jan 1962, DBP berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Lapangan Terbang Lama (sekarang Jalan Dewan Bahasa). DBP vs Baghal Kedua-duanya adalah mandul seperti yang didefinasikan disini yang bermakna tidak produktif serta impoten. Bagi pihak DBP mandul ini bukan sahaja merujuk kepada perkataan dan istilah tetpi I juga sebenarny lebih dari itu. Produktiviti dalam memperkasakan Bahasa Melayu dilihat sebagai lembam. Hasil penerbitan badan ini tidak sehebat dahulu. Tidak ada lagi rasa bahang kehangatan badan ini dalam memertabatkan Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia. Penerbitan buku-buku alih bahasa dari bahasa asing juga berlaku dengan kadar yang sangat perlahan. Ini semua terjadi daripada sistem yang kurang efisen dalam pengurusan serta kurangnya motivasi dari penulis untuk menghantar karya mereka ke DBP untuk diterbitkan. Penulis sekarang mempunyia banyak pilihan untuk menghantar karya mereka kepada pihak lain dengan bayaran yang lebih tinggi serta kurangya kerenah birokrasi semasa proses penerbitan. Perkara-perkara sebegini membuatkan DBP tidak subur dan lembam serta lama kelamaan menjadi mandul. Lain pula halnya dengan baghal yang memang telah dimandulkan dengan cara di kasikan pada system pembiakannya. Baghal juga bijak serta cepat belajar yang membuatkan ianya mesra pengguna dan seterusnya memberi keuntungan kepada petani yang mengunakannya. DBP dan Kepupusan Bersediakah kita menerima kepupusan DBP. Seperti teori yang di katatakan di atas, setiap yang mandul akan mengalami kepupusan. Dengan keadaan DBP yang tidak subur tentunya mengakibatkan kepupusan.oleh itu, usaha untuk membaik pulihkan system batin dan fizikal DBP perlulah dijalankan. Seperti juga halnya kepada manusia, terdapat banyak aternatif ubat-ubatan yang dapat menolong untuk mengembalikan kejantanan serta kesuburan.

Tinggalkan komen »

Rubaiyyat Si Malim Hindraf

PS: Kualiti dari grafik itu tidak memuaskan, oleh itu bacaan terus dari text adalah lebih baik

By: Khairul bahri Abd Samad

A single step it is to show the world,

May people see and not be bold,

They said “The govern is tyranny and deeply cold,

Dear god, help me to change the old mold.”

Where to shows, if not on streets,

Our longing and this tearful yearning spirits,

What of morale nor maybe noble,

The doers done the blissful things whatsoever,

In you Hindraf I have a doubt,

What’s conspiracy and turn over you’ve made up,

The harmony communities please do not stir,

Or else end up with tear and fear.

For now no longer my heart conceal,

What’s your policy will later reveal,

Has this to do anything with election,

For sake of your own stomach passion?

O Uthaya, see what you have gave,

The Indian earlier is not a slave,

The letter like stab the Muslims heart,

Are you intention to tear us apart?

O Utthaya, gather the naives to seek commissionaire,

And promise everyone will be millionaire,

Do mind your word don’t just simply say,

And ask them blindly to obey.

Ask we from heaven forgiveness of the past,

And bind our souls in friendships that may last,

Here let us sit together on the plain,

Here, social sit, and from the fight refrain.

Tinggalkan komen »

Ali Baba Bujang Lapok si HINDRAF (bahagian 1)

Oleh: Khairul Bahri Abd Samad

Mungkin sudah terlalu banyak atau sehingga muak dan bosan apabila kita berjumpa dengan perkataan ‘HINDRAF’di blog-blog atau di media massa yang lain. Semua orang memperkatakan satu terma yang sama. Perkataan yang menjadi hangat atau terlalu hangat ,bila kita merujuk kepada sensitiviti tema yang dibincangkan oleh HINDRAF dan perjuangannya, di pasaran blog Malaysia atau sebarang medium komunikasi sekarang. Mana tidaknya, semalam ketika aku sedang menikmati kopi tongkat ali bersama teman-teman rakan lama yang sekarang memlilih bidang pereka dalaman sebagai kerjaya dan periuk nasi mereka di hotel Qualiti Shah Alam, terpacul perkataan HINDRAF oleh salah seorang temanku ketika kami berbincang tentang reka bentuk dalaman sebuah pejabat pos yang berkonsepkan moden kontemporari + HINDRAF. Sejurus saja perkataan ini terkeluar dari mulutnya, gelak besar kami semua. Nyata bunyinya amat sinis dan skeptik . Mungkin juga bagi kami semua terdapat satu korelasi dengan perkataan HINDRAF dengan konsep yang moden kontemporari reka bentuk rumah seperti yang diluahkan oleh temanku yang seorang IDR. Aku yakin kami semua antara kami mempunyai pandangan sendiri terhadap HINDRAF dan perjuangannya dan kesan terhadap seluruh masyarakat Malaysia dan inilah yang membuatkan kami gelak besar. Dan kesan HINDRAF juga adalah besar serta penuh konsikusi. Ya, kesannya nanti amatlah menguntungkan para pereka dalaman dan kepada arkitek seni reka seperti rakan-rakan ku ini. Meraka tentunya akan makan besar dengan mendapat kontrak-kontrak mewah daripada kaum India yang terdapat di seluruh Lembah Klang ini. Kawasan seperti Taman Medan dan Dato’ Harun akan bertukar wajah dengan bangunan-bangunan rumah yang ala Bollywood lengkap dengan kolam renang serta kereta mewah buatan eropah. Menurut kawanku ini, meraka perlu membelanjakan kurang dari RM 1 juta untuk membina satu banglo mewah tiga tingkat yang lengkap dengan kolam dan taman ala tropika yang menghijau unti kawasan-kawasan seperti taman dato’ Harun atau Taman Medan. “Ianya ditanggung beras” kata kawanku yang sememangnya arif dengan perkiraan seni bina rumah. Dan tentunya kos ini akan jauh lebh rendah jika rumah atau mahligai yang ingin dibina terletak di dalam ladang-ladang atau estet-estet. Perkara-perkara sebegini ini mengingatkan aku kepada salah satu skrip dari filem seniman agung Tan Sri P. Ramlee, Ali Baba Bujang Lapok. Satu babak di mana Ali Baba yang mana wataknya dimainkan oleh seniman Aziz Satar pulang ke teratak buruknya yang telah selesai mengambil harta-harta dari penyamun-penyamun dengan mendapati dengan jalan shortcut dan menyembunyikan dengan mengambus hartanya di dalam rumahnya. Kata Ali Baba, “…sekarang aku sudah jadi orang kaya, aku mesti tukar cara aku berjalan” sambil melagakkan cara berjalan oang kaya . watak sebegini , mungkin kaum India harus belajar dari sekarang untuk belajar berjalan seperti Ali Baba. Atau mungkinkah kaum India di negara kita akan bersedakah kepada orang-orang miskin di pasar-pasar atau di kaki lima dengan cara menabur wang seperti yang dilakukan juga oleh Ali Baba. Persoalan yang kita sudah tahu benar akan jawapannya adalah siapakah bangsa akan melakonkan watak peminta sedekah dan pengemis jalan dalam cerita ini. Anda semua tentu tahu akan jawapannya. Tepuk dada tanya selera. Bangsa ku. Sebelum kita meneruskan cerita rekaan Ali Baba ini dengan lebih banyak watak yang tidak ada kena mengena dengan yang hidup dan mati, mari kita membuat satu analogi mengenai watak si Hindraf dahulu. Skrip I (memorandum kepada Gordon Brown) Memorandum HINDRAF ini bertarikh pada 15hb.11.07 kepada Gordon Brown perdana menteri United Kingdom yang pada kononnya mewakili kaum India di negara ini. Berbau politik dan mempunyai agenda tersembunyi, itulah isi surat ini menurut pandangan saya dan ianya juga juga amatlah pesimistik. Ianya seperti di bawah; HINDRAF Hindu Rights Action Force No. 135-3-A, Jalan Toman 7, Kemayan Square, 70200 Seremban, Negeri Sembilan Malaysia. Tel : 06-7672995/6 Fax: 06-7672997 Email waytha@hotmail.com
15.11.2007 The Rt. Hon. Gordon Brown Prime Minister of the United Kindom 10 Downing Street, Fax: +442079250918 London, URGENT SW1A 2AA Dear Sirs, RE: 1. COMMONWEALTH ETHNIC INDIAN PEACE LOVING SUBJECTS IN MALAYSIA PERSECUTED BY GOVERNMENT BACKED ISLAMIC EXTREMIST VIOLENT ARMED TERRORIST WHO LAUNCHED A PRE DAWN VIOLENT ARMED ATTACK AND DESTROYED THE KG JAWA MARIAMAN HINDU TEMPLE AT 4.00 A.M THIS MORNING (15.11.2007). 2. APPEAL FOR U.K TO MOVE EMERGENCY U.N RESOLUTION CONDEMNING “ETHNIC CLEANSING” IN MALAYSIA. 3. APPEAL TO REFER MALAYSIA TO THE WORLD COURT AND INTERNATIONAL CRIMINAL COURT FOR CRIMES AGAINST IT’S OWN ETHNIC MINORITY INDIANS. We refer to the above critical matters in Malaysia but which generally gets the least attention locally even by the Opposition parties, NGO’s, the Malaysian Human Rights Commission and the media for this community is generally regarded as politically insignificant, do not draw local or international funding and are deemed not press worthy. To the contrary the Malaysian government has successfully projected itself to the world as a modern Islamic thinking country which is not true. The ethnic minority Indians in Malaysia were brought in to Malaysia by the British some 200 over years ago. Since independence in 1957 the Malaysian Indians have been permanently colonialised by the Islamic fundamentalist and Malay chauvinists UMNO led Malaysian government. Among the recent atrocities committed by this government are as follows:- 1.100 over Indians were slashed and killed by the UMNO controlled Malaysian government in the Kampung Medan mini genocide. Despite numerous appeals, the Malaysian Human Rights Commission has refused to hold a Public Inquiry. The UMNO controlled Malaysian courts struck off a victim’s public interest civil suit for a Public Inquiry to be held without even the said UMNO controlled government having to file in their defense. The UMNO controlled Attorney General and the Inspector General of Police refused to investigate and / or initiate an inquest into the death of at least six Indians in this tragedy despite. 2. Every week one person at average is killed in a shot to kill policy and in every 2 weeks one person is killed in police custody. About 60% of these victims are Indians though they form only 8% of the Malaysian population. 3. In every three weeks one Hindu temple is demolished in Malaysia. The latest being the demolishment of the Mariaman temple in Padang Jawa, Shah Alam, Selangor early this morning (15.11.2007) and the next being the (Mutaiya) Hindu temple in Sungai Petani scheduled for the 29.11.2007. A violent armed pre down attack at 4.00a.m this morning was launched by the UMNO controlled Malaysian government backed by about 600 police, riot police, Islamic extremist and armed terrorists which completely destroyed this temple. In an attack two weeks ago, uniformed police, riot police and city Council officers hurled rocks and attacked unarmed Hindu devotees with knives, sticks and iron rods. At least 20 Hindu devotees were seriously injured and 19 arrested including 4 of their United Kingdom trained lawyers in direct violation of Article 5 (Right to life) Article 8 (Equality) Article 11 (Freedom of Religion) Section 295 (defiling a place of worship), Section 296 (disturbing a religious assembly), 298A(causing racial disharmony) and Section 441(criminal trespass) of the Malaysian Penal Code. These authorities are plagued by an above the law mindset and in fact liberally take the law into their own hands. These atrocities however does not happen to almost all Islamic places of worship. Please visit www.policewatchmalaysia.com for further and better particulars. 4. State sponsored direct discrimination against the Indians in Public University intakes, Indian (Tamil) Schools, skills training institutes, civil service and private sector job opportunities, business and license opportunities and in almost all other aspects of daily life. Despite our hundreds of letters, appeals and pleas to the Malaysian King and Sultans, the Prime Minister, Attorney General, Inspector General of Police, Ministers, Chief Ministers and the latest being our letters to the Prime Minister dated 29.10.2007 and 30.10.2007 and to the Attorney General dated 1.11.2007 the Malaysian authorities are only proceeding with greater ferocity and with impunity with very little regard for the Federal Constitution and laws of Malaysia. So please help us. CONCLUSION We fear that this peace loving Indian community of Tamil origin having been pushed to the corner and the persecution getting worse by the day may be forced to into terrorism in a matter of time as what has happened to the Sri Lankan Tamils. APPEAL On our part we are committed to a peaceful and lawful struggle and pray and appeal that the Government of the United Kingdom:- 1. Moves an emergency United Nations resolution condemning these state sponsored atrocities and persecutions of Malaysian Indians in Malaysia. 2. Refers Malaysia to the World Court and the International Criminal Court for Crimes against it’s own ethnic minority Indians Thank You, Yours Faithfully P.Uthayakumar Legal Adviser

Komen (1) »

KLIK … KLIK … KLIK

Di sebuah pelabuhan pantai barat Eropah, seorang nelayan berpakaian usang baring separuh lena di dalam botnya. Seorang pelancong berpakaian segak memasukkan segulung filem ke kameranya untuk mengabadikan suasana yang indah: langit biru, lautan hijau dengan ombak berbuih putih yang tenang, bot hitam, topi merah. Klik. Sekali lagi: klik. Tiga kali lebih baik, klik! Bunyi yang rapuh itu mengejutkan nelayan yang bangun dengan lesu, meraba-raba mencari kotak rokok. Namun belum sempat mendapatkannya, pelancong telah pun dengan pantas menghulurkan kotak rokoknya, nyaris-nyaris ke dalam mulut nelayan, lalu meletakkan sebatang di tangannya, dan klik keempat, pemetik api mengakhiri kegopohan pelancong. Kesopanan yang keterlaluan ini menimbulkan kejanggalan, lalu pelancong yang boleh berbahasa tempatan itu cuba menutupnya dengan
memulakan bicara. “Encik pasti mendapat tangkapan yang banyak hari ini.” Nelayan menggeleng kepala. “Tapi orang kata, cuaca elok.” Nelayan mengangguk. “Jadi tak ke laut kah?” Nelayan menggeleng, menyebabkan pelancong menjadi resah. Sebenarnya dia begitu inginkan kebahagiaan dan kejayaan buat insan yang berpakaian usang ini. Hatinya meronta-ronta mengenangkan peluang yang terlepas. “Kurang sihat kah?” Akhirnya nelayan itu bersuara mengakhiri kebisuannya. “Saya rasa gembira”, katanya. “Tak pernah segembira ini.” Dia bangun, menggeliat, seolah-olah menunjukkan ketegapan badannya. “Saya rasa sungguh hebat.” Raut wajah pelancong semakin suram, dia tidak dapat menahan lagi persoalan di hatinya: “Kenapa tak ke laut?” Jawapannya pantas dan ringkas. “Saya dah pun ke laut pagi tadi.” “Banyak dapat ikan?” “Banyak, saya tak perlu ke laut lagi. Saya dapat empat ekor udang karang dan hampir dua dozen makerel.” Nelayan yang akhirnya segar, mula mesra dan menepuk-nepuk bahu pelancong untuk menenangkannya. Walaupun kerisauan di wajah pelancong itu tidak bertempat, namun ia mencuit hati nelayan. “Lagipun tangkapan saya cukup untuk esok dan lusa”, katanya untuk mengurangkan kerisauan pelancong itu. “Nak rokok?” “Ya, terima kasih.” Rokok diletakkan di mulut, klik kelima, pelancong menggeleng kepala sambil duduk di pinggir bot, lalu meletakkan kameranya kerana dia memerlukan kedua-dua belah tangan untuk menegaskan kata-katanya. “Saya bukannya hendak masuk campur dalam hal peribadi encik”, katanya, “tetapi cuba bayangkan, kalaulah encik ke laut hari ini untuk kali kedua, ketiga, malah keempat, encik boleh dapat tiga, empat, lima, atau mungkin sepuluh dozen makerel. Cuba bayangkan.” Nelayan mengangguk. “Sekiranya encik”, sambungnya lagi, “bukan saja hari ini, bahkan esok, lusa, dua, tiga malah empat kali ke laut pada setiap hari yang sesuai – tahu tak apa yang akan terjadi?” Nelayan menggeleng. “Paling lewat pun dalam setahun encik akan dapat membeli sebuah enjin, dalam dua tahun sebuah bot lagi, bahkan dalam tiga atau empat tahun sudah dapat membeli sebuah bot yang lebih besar. Dengan dua bot nelayan ataupun satu bot yang besar, pasti encik boleh dapat tangkapan yang lebih banyak – mungkin satu hari nanti encik akan ada dua bot besar, encik akan…”, kata-katanya terhenti seketika dek semangatnya yang berkobar-kobar, “Encik boleh bina sebuah rumah sejuk yang kecil, mungkin rumah salai, kemudian sebuah kilang memproses hasil laut, mencari kawasan ikan dengan helikopter sendiri dan mengarahkan bot melalui radio. Encik boleh memohon lesen menangkap ikan salmon, membuka sebuah restoran makanan laut dan mengeksport udang karang ke Paris tanpa orang tengah – selepas itu …”, sekali lagi dia gugup akibat keghairahannya. Dengan gelengan kepala, hati yang runsing dan keriangan percutiannya semakin pudar, dia merenung air pasang yang mengasyikkan, ikan-ikan melompat bebas riang. “Selepas itu”, tapi sekali lagi dia terkedu kerana keghairahan. Nelayan menepuk belakang pelancong seolah-olah dia seorang kanak-kanak yang tersedak. “Kemudian apa? “, tanyanya. “Kemudian …”, pelancong itu berkata dengan tenang,” kemudian encik bolehlah berehat di pelabuhan ini dengan hati yang lapang, tidur di bawah sinaran mentari – sambil menikmati pemandangan laut yang indah.” “Tapi itulah yang saya buat sekarang”, sahut nelayan, “saya sedang berehat dan berangan-angan, tapi klikan encik telah mengganggu saya.” Akhirnya pelancong beredar sambil memikirkan tentang pengajaran yang baru diterimanya. Sebelum ini dia percaya bahawa dia bekerja supaya suatu hari nanti dia tidak perlu bekerja lagi. Kini tiada lagi rasa belas kasihan terhadap nelayan yang berpakaian usang itu, yang tinggal hanyalah sekumit rasa iri.

 
 

Bertolt Brechts: uebersezt von farah und wan

Tinggalkan komen »

Pulau Batu Puteh (Pedra Branca) “Persidangan Kedua Usul dari Kerajaan Malaysia”

 
 

Persidangan Pulau Batu Puteh sesi sesi kedua yang sedang berlangsung pada 22 dan 23 oktober di Hague, berjalan dengan ketiadaan hakim Ranjeva pada hari ini. Mahkamah hari ini diperdengarkan dengan sesi usul lisan yang dikemukakan oleh Malaysia untuk kali kedua dan pada kali ini ianya dimulakan oleh Tan Sri Gani Patail sebagai memulakan usul sekalilgus mengumukakakan rangka perundangan Kerajaan Negeri Johor 1953 yang sepertimana ditulis pada tahu 1953, ianya pula diikuti oleh Prof. Crawford yang mengenalpasti isu yang dipermasalahkan oleh Singapura sementara itu Malaysia juga diwakili oleh Prof Schivjier yang akan mengemukakan dan membincangkan jawapan kepada usul Singapura mengenai tiga fitur yang disentuh oleh Singapura mengenai kesultanan Johor. Prof Kohen pula, menjawab usul mengenai operasi dan pembinaan rumah api negara itu di pulau tersebut. Tan Sri Gani menjawab usul-usul yang dibentangkan oleh Singapura pada persidangan yang lepas.

  1. Singapura mengatakan bawah Pedra Branca/Pulau Batu Puted adalah sebagai terra nullius
    atau no man’s island dan diatas dasar inilah ianya salah satu faktor yang mengatakan ianya terletak dibawah jajahan Singapura pada 1847-1851. Walau bagaimanapun Singapura gagal memberikan apa-apa bukti untuk mengesahkannya. Fakta yang diberikan oleh Singapura adalah dibawah ‘tanggapan’atau ‘angapan’.
  2. Singapura juga masih lagi gagal untuk memberi apa-apa jenis bukti mahupun sebarang keterangan secara tidak rasmi dan tidak meragukan mengenai yang mengatakan ianya adalah milik Singapura pada tahun 1978, sebalikya Malaysia pula telah memberikan bukti atau asas kepada persetujuan pembinaan rumah api Horsburgh dalam surat kebenaran yang dipersetujui oleh Temenggung Ibrahim pada surat bertarikh 25hb, 11, 1844.

Pulau ini adalah satu politikal strategik untuk kedua-dua buah negara yang mana akan memberikan kesan kepada industri maritim sebagai satu silk road kepada Malaysia dan Singapura. Tidak kurang dari 900 buah kapal melalui laluan ini setiap hari untuk berlabuh di pelabuhan Singapura.
Senarai hakim dan perwakilan yang hadir pada sidang kedua 22hb Nov. 07 Hadir: Vice-President Al-Khasawneh, Acting President

Hakim:

  • Sepúlveda-Amor
  • Bennouna
  • Shi
  • Koroma
  • Parra-Aranguren
  • Buergenthal
  • Owada
  • Simma
  • Tomka
  • Abraham
  • Keith
  • Skotnikov

Kerajaan Malaysia diwakili oleh:

H.E. Tan Sri Abdul Kadir Mohamad, Ambassador-at-Large, Ministry of Foreign Affairs of Malaysia, Adviser for Foreign Affairs to the Prime Minister,

Sebagai Agen;

H.E. Dato’ Noor Farida Ariffin, Ambassador of Malaysia to the Kingdom of the Netherlands,

Sebagai Co-Agen

  1. H.E. Dato’ Seri Syed Hamid Albar, Minister for Foreign Affairs of Malaysia,
  2. Tan Sri Abdul Gani Patail, Attorney-General of Malaysia,
  3. Sir Elihu Lauterpacht, C.B.E., Q.C., Honorary Professor of International Law, University of Cambridge, member of the Institut de droit international, member of the Permanent Court of Arbitration,
  4. Mr. James Crawford, S.C., F.B.A., Whewell Professor of International Law, University of Cambridge, member of the Institut de droit international,
  5. Mr. Nicolaas Jan Schrijver, Professor of Public International Law, Leiden University, associate member of the Institut de droit international,
  6. Mr. Marcelo G. Kohen, Professor of International Law, Graduate Institute of International Studies, Geneva, associate member of the Institut de droit international,
  7. Ms Penelope Nevill, college lecturer, Downing College, University of Cambridge,

 
 

Kaunsel dan Advokasi;

  1. Datuk Azailiza Mohd Ahad, Head of International Affairs Division, Chambers of the Attorney-General of Malaysia,
  2. Datin Almalena Sharmila Johan Thambu, Deputy Head 1, International Affairs Division, Chambers of the Attorney-General of Malaysia,
  3. Ms Suraya Harun, Senior Federal Counsel, International Affairs Division, Chambers of the Attorney-General of Malaysia,
  4. Mr. Mohd Normusni Mustapa Albakri, Federal Counsel, International Affairs Division, Chambers of the Attorney-General of Malaysia,
  5. Mr. Faezul Adzra Tan Sri Gani Patail, Federal Counsel, International Affairs Division, Chambers of the Attorney-General of Malaysia,
  6. Ms Michelle Bradfield, Research Fellow, Lauterpacht Centre for International Law, University of Cambridge, Solicitor (Australia),

Kerajaan Singapura diwakili oleh

H.E. Mr. Tommy Koh, Ambassador-at-Large, Ministry of Foreign Affairs of the Republic of Singapore, Professor of Law at the National University of Singapore,

Sebagai Agen;

H.E. Mr. Anil Kumar s/o N T Nayar, Ambassador of the Republic of Singapore to the Kingdom of the Netherlands,

 
 

Sebagai Co-Agen;

  1. H.E. Mr. S. Jayakumar, Deputy Prime Minister, Co-ordinating Minister for National Security and Minister for Law, Professor of Law at the National University of Singapore,
  2. Mr. Chan Sek Keong, Chief Justice of the Republic of Singapore,
  3. Mr. Chao Hick Tin, Attorney-General of the Republic of Singapore,
  4. Mr. Ian Brownlie, C.B.E., Q.C., F.B.A., member of the English Bar, Chairman of the United Nations International Law Commission, Emeritus Chichele Professor of Public International Law, University of Oxford, member of the Institut de droit international, Distinguished Fellow, All Souls College, Oxford,
  5. Mr. Alain Pellet, Professor at the University of Paris X-Nanterre, member and former Chairman of the United Nations International Law Commission, associate member of the Institut de droit international,
  6. Mr. Rodman R. Bundy, avocat à la Cour d’appel de Paris, member of the New York Bar, Frere Cholmeley/Eversheds, Paris,
  7. Ms Loretta Malintoppi, avocat à la Cour d’appel de Paris, member of the Rome Bar, Frere Cholmeley/Eversheds, Paris,

 
 

Kaunsel dan Advokasi;

  1. Mr. S. Tiwari, Principal Senior State Counsel, Chambers of the Attorney-General of the Republic of Singapore,
  2. Mr. Lionel Yee, Senior State Counsel, Chambers of the Attorney-General of the Republic of Singapore,
  3. Mr. Tan Ken Hwee, Senior Assistant Registrar, Supreme Court of Singapore,
  4. Mr. Pang Khang Chau, Deputy Senior State Counsel, Chambers of the Attorney-General of the Republic of Singapore,
  5. Mr. Daren Tang, State Counsel, Chambers of the Attorney-General of the Republic of Singapore,

M. Hasnan bin Hussin, assistant technique principal du service des frontières, département de la topographie et de la cartographie,

Tinggalkan komen »

kadang-kadang sampai tiga hari pun tak elok lagi…

Pada sesetengah yang biasa berurusan dengan agensi kerajaan, pastinya biasa dengan system birokrasi dalam sesuatu agensi. Tak kira la agensi kerajaan ni terletak di Kuala Rompin Pahang ke, atau pun di Bandar Kuantan ke ataupun di Putra jaya. Corak pengendaliannya lebih kurang sama dengan yang lain-lain. Ianya se akan-akan ada satu acuan yang mencorakkan sistem birokrasi dan politik dalam agensi tersebut. Kadang-kadang acuan yang diterapkan pada agensi kerajaan ni, memang efisen dan berkesan. Ianya tak dapat kita sangkalkan keberkesanannya, tengok saja di dinding dingding hadapan agensi berkenaan, terpapar anugerah-angurah standard ISO 9000 atau ISO 9002 yang telah berjaya di capai oleh agensi berkenaan. Tetapi sejauh manakah ianya benar-benar menunjukkan kemampuannya dari segi praktikal terhadap khidmat pelanggannya.

Hari ini seluruh pejabat pos yang terdapat di Kuala Lumpur, Subang Jaya dan petaling Jaya mengalami satu masalah yang sama dan masalah yang serupa. Masalah yang tidak sepatutnya berlaku pada waktu 8-5. Segala khidmat online yang terdapat di Pejabat Pos tidak dapat dijalankan kerana sistemnya offline. Bila ditanya lama manakah system ini akan pulih. “Tak tahu nak cakap lah encik, kadang-kadang sampai tiga hari pun tak elok lagi” balas kerani yang berkhidmat di kaunter itu. Huh… sebentar kemudian “kita offline ni sebab nak baik update kan sistem database” sambung salah seorang pekerja lain yang ku kira dirinya berpangkat juga di situ…

Tinggalkan komen »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.